PERKARA PERLU BUAT SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU? BUKAN RENOVATION YA!!
Bila Masuk Rumah Baru, Periksa Dulu Bahagian Wajib Ini Lepas Dapat Kunci.
Bila
dah dapat kunci rumah, pasti ada yang tak sabar nak cari perabot baru kan? Mana
tidaknya, pertama kali dapat miliki hartanah sendiri, hati siapa yang tak happy
betul tak?
Teruja
punya pasal, sampai terlupa nak buat ‘home inspection’! Lepas 8
tahun duduk rumah baru, mulalah dinding retak sana-sini, paip bocor, lantai
kembung. Masa ini, nak salahkan siapa?
Sebab
itulah kena sentiasa beringat, suka-suka juga, tapi jangan sampai anda abaikan
benda wajib kena buat lepas dapat kunci rumah iaitu periksa defect rumah!
Jangan
terkejut kalau masih ada yang tak ambil peduli tentang pemeriksaan defect ini.
Belum lagi sebut tentang tempoh Defect Liability
Period [DLP], mesti terkebil-kebil memikirkan apa benda pula DLP
ini?
Defect Liability Period (DLP) ini adalah tempoh yang menjadi tanggungjawab pemaju
untuk membaikpulih sebarang kerosakan hartanah iaitu bermula dari tarikh anda
terima hak milik mutlak kekosongan serta kunci hartanah anda sehingga
waktu-waktu tertentu.
Kebiasannya, DLP yang diberikan cuma 24 bulan. Sepanjang tempoh 2 tahun inilah
anda wajib periksa defect pada mana-mana bahagian rumah terutamanya yang
berkaitan dengan salur paip, elektrik dan struktur dinding.
Tak semua defect anda boleh claim dari pihak pemaju. Jadi, lebih baik anda
tanya dahulu pemaju rumah anda tentang jenis-jenis kerosakan yang boleh
dituntut secara percuma.
Tetapi
sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas
sebarang kecacatan rumah dan DLP akan terbatal.
BERIKUT
PERKARA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH :-
1.
Azan
– Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
– Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali,
berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
2. Pintu
– Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya
sekali.
3. Tiles
– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang
baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit
syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong)
dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab
di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi
tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
4.
Elektrik
– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis
lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
5.
Meter Air
– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda
mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki
dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada
yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa
keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti
berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
6.
Tingkap dan Sliding Door
– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci
sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
7.
Tangga
– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh.
Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan
sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada
kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju
pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa
sealer tu penuh atau tidak.
9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
10.
Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding
door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh
pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada
berlaku kes kecurian kabel.
Bila
dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang
hati 💖.
Untuk melakukan pemeriksaan sendiri seperti diatas, anda memerlukan beberapa peralatan yang penting bagi melaksanakannya. Dibawah saya sertakan contoh barangan yang boleh anda guna:-
2. Tiles tester
3. Level water ruler measuring
Tetapi sekiranya anda tidak mahu pening kepala. Anda upah sahaja professional home inspection. Pandailah mereka settlekan hal ini (bagi mereka yang berkemampuan).
Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan